Thursday, May 21, 2009
HPA beli 3 buah kilang lagi di Jejawi
Sunday, April 19, 2009
RADIX Chicken House
Mencari yang halal adalah fardhu bagi setiap muslim, kali nie kami bukan bagi alternatif produk halal yang “bodo dan toye” sahaja, tetapi yang ada “class” dan citarasa terunggul dewasa ini… perghh… camne? Nak datang cuba tak?
Berita Sebenar:-
Pada 10hb April yang lepas, Radix Chicken House (RCH) telah siap dirasmikan. RCH menghidangkan berbagai jenis masakan yang dihasilkan oleh ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA.
RCH boleh dihubungi: KM8, Jalan Arau-Kodiang, Sempadan Kedah-Perlis, Jelempok, Arau, Perlis. Pengurus En Zamri : 013 4305717
Antara tujuan pembukaan restoren ini ialah untuk mewujudkan satu lagi pilihan makanan halal kepada masyarakat selain ROC dan RFC yang kosnya agak tinggi. Saya sendiri melihat keistimewaan tersendiri restoren ini kerana menu yang lebih banyak dan lebih menarik yang ditawarkan kepada pelanggan.
Kepada semua ahli yang merancang untuk mengadakan lawatan ke HPA di Utara boleh singgah untuk makan di restoren ini. Masukkan program makan di RCH sebagai salah satu tentatif lawatan ke HPA, InsyaAllah..semuanya akan diuruskan
http://hpa.com.my/hpanews/
Posted by Anak Pandan at 1:52 PM 0 comments
Labels: Halal, HPA, Islam, Muslim Products, Perlis, Radix Chicken House, RFC
Friday, April 10, 2009
AWAS - Kopi Radix Palsu
Posted by Anak Pandan at 11:58 PM 0 comments
Labels: Al Wahida, Halal, HPA, Kopi Radix, Muslim Products, Puan Herba
Thursday, April 9, 2009
AYAM ORGANIK RADIX - 3 PAKEJ
Posted by Anak Pandan at 2:07 AM 0 comments
Labels: Ayam Organik, Halal, Lazat, Produk Terbaru HPA, Puan Herba, RFC
Minuman ELG
Posted by Anak Pandan at 2:02 AM 0 comments
Labels: Ghout, Halal, Halal Food, Minuman ALG, Produk Terbaru HPA
Wednesday, April 8, 2009
Ahli Panel Shariah HPA
1.Ustaz Ahmad Bin Ali (M.A Usul Fiqh, Universiti Al-Azhar)
2.Dr Mohd Nasir Hj Hamid (PHD Pengajian Islam UKM,Pensyarah UiTM)
3.Ustaz Basri Abdul Ghani (M.A Ekonomi Islam UM,Pensyarah UiTM)
4.Ustaz Nidho Abdul Rahman(B.A, M.A Al-Quran & Al-Sunnah, Al-Azhar)
5.Ustaz Ghadafi Hj Rofie (B.A Al-Azhar, M.A Hadith UKM,Pensyarah UUM)
6.Prof Madya Dr Ishak Sulaiman(PHD Hadith&Muamalah University Of Wales,UK)
7.Ustaz Hasan Zaid Ramli (B.A, Al-Azhar,M.A Syariah UKM, Pensyarah IPTS)
8.Ustaz Hasbullah Ali (B.A Al-Azhar, M.A Syariah UKM, Pensyarah IPTS)
9.Ustaz Ahmad Adnan Fadzil(B.A Syariah Al-Azhar, Pengurus Pentadbiran HPA)
Posted by Anak Pandan at 1:57 AM 0 comments
Tuesday, April 7, 2009
Mai Secawan
http://kopiradix.multiply.com/video/item/13/Kopi_Radix_HPA
Posted by Anak Pandan at 4:05 PM 0 comments
Mai Tengok
Posted by Anak Pandan at 3:58 PM 0 comments
Buka 20 Cawangan Setahun
Berita RFC Dalam Harian Metro, 14 Februari 2009
Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
RADIX Fried Chicked (RFC) mensasarkan menjadi restoran makanan segera nombor satu di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dengan pembukaan sekurang-kurangnya 20 cawangan restoran itu setahun mulai tahun ini.
RFC yang juga anak syarikat HPA Industries Sdn Bhd, peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini yakin restoran makanan segera kendalian mereka akan diterima rakyat negara ini kerana menyajikan makanan berkhasiat.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, sejak RFC pertama di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah dibuka pada pertengahan tahun lalu, ia menerima sambutan mengalakkan sehingga operasi restoran itu dilanjutkan kepada 24 jam sehari.“RFC adalah alternatif kepada pengemar makanan segera, tetapi mahukan makanan sihat kerana di restoran kami semua bahan digunakan adalah organik dan berasaskan herba.
“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang dijamin tidak diberikan sebarang suntikan hormon kerana ayam kami menggunakan makanan yang diproses sendiri menggunakan bahan herba seperti daun mambu dan sebagainya.
“Bahan lain di RFC juga dihasilkan HPA seperti rempah berherba, sos tanpa bahan pengawet dan minuman berkarbonat jenama Radix yang tidak menggunakan gula sebarangan dan tidak berbahaya kepada kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bisnes Metro selepas pelancaran RFC cawangan kedua di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star, yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, minggu lalu.
Ismail berkata, HPA mensasar membuka 20 lagi RFC di seluruh negara dengan cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang; Kangar (Perlis) dan Bandar Laguna, Sungai Petani akan dibuka bulan depan.
Menurutnya, cawangan lain dalam pembinaan ialah Ipoh, Perak; Kulim, Kedah; Kuantan, Pahang; Kota Bahru, Kelantan dan Petaling Jaya, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam di Selangor pula selepas itu.
“Pada masa ini, ada RFC yang dibina di atas pelaburan HPA dan ada berkonsepkan perkongsian sistem mudharabah antara RFC dengan pemodal dengan setiap pelaburan untuk sesebuah RFC ialah sebanyak RM1.5 juta,” katanya.
Mengikut sistem itu, RFC bertindak sebagai pihak yang mengurus modal dan pentadbiran manakala pemodal bertindak sebagai penyumbang modal saja dengan nisbah keuntungan yang ditawarkan adalah 50: 50 antara HPA dan pemodal.
Mengenai RFC kedua di Alor Star yang menggunakan warna kekuningan, Ismail berkata, ia menjadi warna korporat RFC mulai sekarang selepas merah yang digunakan pada cawangan pertama di Sungai Petani.
“Warna tidak menjadi masalah kerana kita yakin dengan slogan ‘segar, organik dan halal’ restoran kami akan mendapat sambutan tanpa mengira bangsa dan agama serta sama ada mereka ahli MLM HPA atau tidak.
HPA ialah antara MLM terbesar di Malaysia sekarang dengan mempunyai lebih 470,000 ahli. Antara produk utama mereka ialah Kopi Radix yang kini antara kopi segera berherba paling laris di negara ini.
Selain MLM dan RFC, HPA juga mempunyai syarikat pelancongan sendiri, HPA Ilham Holidays selain rangkaian homestay manakala hotel pertama syarikat itu, El-Zahraa Inn akan dibuka dalam tempoh terdekat.
Posted by Anak Pandan at 2:45 PM 0 comments